24 Mei 2011

NASI GORENG KAMPONG..TEH O PANAS

Assalamualaikum,
Jumpa kita lagi dipagi yang bersinar sinar ni...alhamdulillah matahari bukan main memancar mancar lagi pagi ni.. hu huuu sesuai sangat ni kalau "mendobi" kan?..ok lah sebelum tu disini Kak Intan kongsikan menu sarapan pagi KakIntan pagi semalam iaitu nasi goreng kampong ...
Selalunya kalau pepagi masak nasi goreng, makna nya akan makan lah sampai ketengah hari nanti. Silap silap makan sampai kepetang kalau banyak yang digoreng he...he.....bukan apa sayang kalau terbuang gitu je nasinya ni..almaklum saje lah time time sekarang ni semua barang barang dah mahal. Jadi kenalah berjimat kan...ok sampai disini dulu, Kak Intan nak sambung kerja kerja mendobi pula ni...wassalam




TERIMA KASIH BANYAK BANYAK YA...

Assalamualaikum,
Selamat pagi hari Rabu. Dah bersarapan ke? Sambil sambil bersarapan Kak Intan nak kongsikan apa yg Kak Intan dapat lagi masa sambutan HARI IBU tempohari. Tapi malang nya Kak Intan tak ingat siapa pemberinya,.maklumlah ramai masa tu..orang hulur Kak Intan ni main sambut je...apa pun terima kasih banyak banyak sekali lagi pada yang menghadiahkan nya. Walau pun ianya kecil tapi agak bermakna pada Kak Intan. Terima kasih sekali lagi ya ...
Yanh ini table runner untuk meja kopi...cantek pulak tu bersulam sulam kerawang kerawang.
Dan yang ini pula reben untuk frame gambar, macam tau tau je dia ni Kak Intan ni peminat polka dot, dan juga untuk gantungan tu yang berbentuk love ...semuanya cantek cantek. Akan Kak Intan gunakan ianya sebaik mungkin sebagai kenangan sampai bila bila. Semoga persahabatan kita juga berpanjangan ..ok layan dulu gambar gambar ni ya...Wassalam.

22 Mei 2011

BUBOR NASI BERSANTAN .

Assalamualaikum,
Selamat bertemu kembali, dipagi Isnin yang mendung cuacanya hari ini. Dalam 2 - 3 hari ini Kak Intan terpaksa menyediakan bubur nasi buat anak anak dan juga suami yang tidak berapa sihat. Bubur nasi kali ini Kak Intan tambah sedikit santan dan juga potongan kecil daging ayam. Selain dari itu juga Kak Intan mayang kan sedikit halia dan juga bawang putih untuk dicampurkan sekali didalam nya.
Kalau suka masa nak makan nya mayangkan daun sup dan tambah sedikit bawang goreng. Ada juga yang suka letak cili padi yang dah dimayang bercampor gorengan ikan bilis + kicap. Kalau dah macam tu orang yg tak sakit pun suka makan kan....he..he... ok lah Kak Intan mengundurkan diri terlebih dahulu....wassalam.

AGAR AGAR JAGUNG

Assalamualaikum...
Menu pencuci mulut lagi yang Kak Intan kongsikan disini. Maklumlah dimusim musim panas macam ni inilah menu menu yang paling sesuai untuk dimakan ..betul tak?
Kak Intan masak pepagi semalam agar agar ni...kebetulan stok jagung dalam tin ada lagi, jadi Kak Intan blender dan masak, camporkan sedikit gula, tepong jagung,agar agar serbuk dan juga air. Oh ye Kak Intan letak juga sedikit pewarna kuning dan juga sedikit esen vanilla. Dah masak sejukkan dalam peti ais...bila dah sejuk sedapnya dimakan...Nak cuba ke?...silakan ok....Kak Intan mengundurkan diri dulu ya ....wassalam


IKAN BILIS MASAK TEMPOYAK + DAUN KUNYIT

Assalamualaikum,
Selamat petang semua.... tak kemana mana ke hujung hujung minggu ni? Kak Intan sehari dua ni rasa nya tak lah kemana mana tujuan sebab ada yang tak sihat. Walau pun begitu ada juga menghadiri majlis majlis jemputan kahwin anak anak jiran setempat. Terima kasih pada jiran jiran yang menjemput kami sekeluarga untuk majlis tersebut. Kak Intan tak dapat nak hadir sekeluarga kerana suami dan anak2 tak berapa sihat. Sebelum meninggalkan rumah semalam sempat juga masakkan sedikit lauk untuk yg tinggal dirumah, antara nya ikan bilis yang dimasak dengan tempoyak ni yang dicampurkan pula dengan daun kunyit. Mungkin ramai yang tak pandai makan tapi kalau dirumah Kak Intan ini lah menu yang En Hubby sukai. Kak Intan pun belajar dari arwah bonda mertua memasak nya....semasa hayat nya menu ni mesti ada kalau musim durian datang.
Kalau ada yang nak mencuba disini Kak Intan letak resepi nya, tapi kena main agak agak lah banyak mana nak letak masa memasaknya:-

Bahan bahan nya:

Cili api
Cili merah
Kunyit hidup
Bawang merah
Ikan bilis yang dikopek dan dibersihkan
Santan
Sedikit garam
Tempoyak

Caranya:
Blenderkan cili api, cili merah dan bawang merah mengikut keperluan. Masukkan kedalam periuk, tempoyak, santan , bahan bahan yg telah diblender, ikan bilis yang telah dibersihkan dan juga daun kunyit serta garam sesedap rasa. Masak sehingga mendidih dan angkat...fuhhhh sedap kalau pekena dengan nasi putih panas dan juga sedikit ikan masin serta ulam ulaman sebagai penambah selera... selamat mencuba...Wassalam


PUDING CUSTARD SIRAP CHOKLAT

Assalamualaikum,
Selamat bertemu kembali dan selamat berhujung mingg buat kawan kawan blogger semua. Menu yang Kak Intan paparkan kali ini ialah menu menu biasa sahaja. Kak Intan buat puding custard untuk desert dimusim musim panas begini untuk menyejukkan tekak dipetang petang hari.
Rasanya ramai yang tahu macam mana nak buat puding custard ini jadi Kak Intan tak payah la nak letak resepinya disini. Cumanya Kak Intan siramkan Syrup Chocolate HERSYE'S diatas nya untuk kelainan sikit. Apa pun rasanya sedap juga bila dimakan begini selepas disejukkan didalam icebox. Ok layan dulu pic Kak Intan ni ya...wassalam

20 Mei 2011

BELANGA POLKA DOT MERAH/PUTIH.

Assalamualaikum,
Hu huuuu...seronok sangat bila dapat belanga polkadot merah /putih ni. Mana tak nya Kak Intan cari barang lain tapi nampak belanga yang cantek ni pula. Sebenar nya Kak Intan nampak belanga ni masa ke office anak Kak Intan, kebetulan ada demo memasak menggunakan periuk belanga ni...alih alih mata terus sahaja terpandang belanga ni dalam showroom tu..
Apa lagi bila dah nampak mesti tak nak lepas kan peluang lagi terus je sambar he...he...Ok lah setakat ini dulu ya serita Kak Intan, esok kita sambung lagi entry seterusnya....Wassalam





FOLLOWER AWARD DARI AMIE.

Assalamualaikum,
Kali ni nak ucap terimakasih banyak banyak pada Amie dari sini..http://salamisimon1.blogspot.com/kerana memberi award yg cantek ini untuk Kak Intan. Amie...ini Kak Intan dah gantung kat sini ya.
Kak Intan juga berharap semoga persahabatan melalui alam cyber ini berpanjangan sampai bila bila. Mana tau satu hari nanti kita bolih jumpa kan...
Terima kasih sekali lagi Amie...Wassalam..

KOLEKSI POLKADOT BERTAMBAH LAGI.

Assalamualaikum,
Selamat malam semua geng blogger. Dah tengah malam nampak nya baru sempat nak letak entry baru sekali lagi he...he....ikut kan tarikh dah tukar haribulan nampaknya ni ...Kali ini Kak Intan nak kongsi koleksi polka dot yang bertambah lagi, kali ini merah putih...warna kegemaran Kak Intan.
Seronok sangat bila dapat menambahkan koleksi koleksi yang macam ni...ye lah kalau ikutkan harga nya memang berpatutan sangat jadi untuk menambah koleksi polka dot ni memang tak ada masaalah.
Ianya Kak Intan beli melalui seorang kawan yang sememang nya menjual barang barang English Deco ini. Salah sebuah rumah nya dijadikan showroom untuk menjual barang tersebut. Kalau kerumah nya ni kena luangkan banyak masa. Biasalah kaum wanita, kalau dapat barang yang digemari mesti nak belek sepuas puas nya..he..he....
Bila ternampak je set ni mata tak lepas pandang dah, rasa macam seronok sangat...itu belum lagi nampak benda benda yang lain..uishhhhhh....tak payah kelain dah semuanya ada dirumah nya ini. Ok lah layan dulu pinggan mangkok polka dot Kak Intan ni ya...kita jumpa lagi dientry seterusnya...Wassalam.



19 Mei 2011

SERAWA DURIAN CICAH ROTI.

Assalamualaikum,
Bertemu dientry menu makanan yang Kak Intan masak kelmari...kali ini menu untuk sarapan pagi yang ringkas...kebetulan stok buah durian masih banyak lagi dalam icebox..dah tak tahu nak makan apa jadi Kak Intan pun buat je lah serawa durian.
Sepatutnya serawa ni makan dengan roti jala atau pun pulut yang sedapnya...tapi na cepat punya pasal, Kak Intan sediakan roti Gardenia je untuk dicicah serawa tersebut ..bolih je kan tak ada masaalah, janji bolih kenyang untuk lapik perut sampai waktu makan tengahari. Ok lah layan dulu pic Kak Intan ni....wassalam.

MENGINTAI MENU DI INTAI INTAI.

Assalamualaikum,
Selamat pagi Jumaat...apa khabar semua geng blogger? Kak Intan berdoa semoga semuanya sihat walafiat bersama sama keluarga tersayang. Sambil sambil mendobi dipagi hari ini kita share sikit apa yang Kak Intan buat seminggu yang lepas.
Sambutan HARI IBU sudah pun berlalu,pada 8 Mei yang lepas, bila ada HARI IBU, mesti lah ada HARI BAPA...untuk itu Kak Intan dan DE telah keRestoren Intai Intai ,di Ampang untuk mengintai menu menu yang sesuai bagi meraikan HARI BAPA nanti...nampak gaya nya menu nya memang sedap sedap belaka. Sebelum ni pun Kak Intan dan family pernah juga makan makan bersama keluarga disini...tapi nak tau juga sebab dah lama tak datang , mana tau kan mungkin ada menu menu baru yang akan dihidangkan.
Masa Kak Intan dan DE sampai time lunch tuan punya restoran pun ada iaitu En.Bahar....jadi lagi senang nak berbincang...rupanya bukan setakat restoran je bisnes En.Bahar ni macam macam lagi yg dia buat....alhamdulillah semoga bisnes En.Bahar terus berkembang maju.
Tuan punya Intai-intai Restoran menerangkan pada Kak Intan dan DE pakej2 yg dia sediakan direstoran ini...nampak serius tapi peramah..he..he...dah bisnes macamni kenalah ramah kan...
Air pegaga yang di order DE, sedap kata DE....sesuai untuk yang nak kelihatan awet muda bila minum air ini. Ada nama khas...Kak Intan dah lupa lahh singkatan nama nya...

Kebetulan hari tu cuaca panas terik jadi Kak Intan order air kelapa + limau kasturi + laici , kalau tak salah nama mya KELAICHI..kalau salah minta maaf yan En.Bahar ya..




Yang ni sayur yang kami pilih asparagus + udang







Ikan siakap goreng ....
Tomyam seafood... oppppssss ada satu lagi lupa ambil gambar ayam goreng pandan...pun sedap juga...Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan, nak sambung kerja kerja mendobi pula...sementelah cuaca panas terik ni..wassalam.

18 Mei 2011

PENGAT KELEDEK

Assalamualaikum,
Dah tak tahu apa nak makan petang kelmarin...hari pulak hujan...apa lagi nampak stok keledek 2 ketul kat dapor...seketul keledek kuning dan seketul lagi keledek biasa. Stok santan pun ada sekotak lagi...ermmm apa lagi buat pengat keledek la jawab nya...he..he...
Selalunya pengat pengat macam ni anak anak sekarang tak berapa suka makan ..jadi kita pun layan je la dengan En.Hubby Kak Intan...itu pun ada balance lagi...memang tak habis selalu nya..ok lah ni tengah dok fikir fikir nak masak apa pula untuk dimakan petang petang gini. Kak Intan mengundurkan diri dulu wassalam..jumpa lagi dientry akan datang...

17 Mei 2011

TERIMA KASIH BANYAK BANYAK YA...



Assalamualaikum,
Sambutan HARI IBU telah pun berlalu pada 8hb Mei yang lepas, seronok nya bukan main, bukan la kerana dapat hadiah yg banyak tapi seronok dapat meraikan bersama sama geng geng IBU yang lain. Dalam pada itu adalah sedikit sebanyak hadiah yang Kak Intan terima dihari tersebut antara nya dari anak anak Kak Intan sendiri...apa dalam nya tuh? he..he...ishhh tak payah la tau kan cuma barangan elektrik aje tu...apa pun terima kasih banyak banyak untuk anak anak Kak Intan, kita sebagai ibu bukan mengharapkan sangat hadiah hadiah macam ni...cukuplah kalau sekadar ingatan, itu pun dah besar hati rasa nya, tapi kalau orang dah bagi kita pun sambut lah dengan tangan yg terbka dan hati yang ikhlas...syukur alhamdulillah.
Yang ini bekas barang barang kemas, dari Jong jong Inai (Rose)...sweet je warna nya kan...lebih sesuai kalau buat anak anak gadis yang menyimpan nya...apa pun terima kasih ya Rose.
Hadoiii yaiiiii...terima kasih banyak banyak Yusliza Yusoff, sempat pula dia buat kan crochet ni untuk Kak Intan, warnanya pula ikut tema putih/pink...
Ini pula dari Puan Rashidah Ibrahim- Pen.Editor Majallah Anjung Seri..terima kasih ya Puan Rashidah...macam macam Majallah keluaran Anjung Seri di berikan nya he...he...
Mangkuk tureen ni pula dari Bebe Sunita yang datang dari Kuala Pilah,walau pun sibuk dengan anak anak dan juga bertugas sebagai Staff Nurse sempat juga meluangkan masa datang ke Flaminggo untuk bertemu dan sama sama meraikan Mothers Day Celebration..terima kasih banyak banyak ya Bebe.
Yang ini pula dari Zainon Sulaiman, sempat juga dia menempah tulisan tulisan tu, atau ke Enon yg buat sendiri...apa pun terima kasih banyak banyak ya Enon..
Ini lah dianya antara cenderahati2 yg Kak Intan terima pada hari Mother'S Day Celebration tempohari...terima kasih semua...semoga persahabatan kita berpanjangan sampai bila bila , wassalam...jumpa lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...